Friday, April 3, 2009

2 jam di Hotel Pan Pacific, KLIA

Sungguh tak ku percaya angan-anganku menjadi kenyataan. Haa...seminggu dua nie dok mikir macam mana nak kembangankan sayap sebagai usahawan berjaya. Terfikir nk bukak booth di mana untuk perkenalkan produk Cosway. Dlm kepala otak nie dok fikir kenapa Cosway tak pernah nampak diruang-ruang booth2 di mana2 pameran or shooping complex.

Jadi tidor malamku tak lena memikirkan cara nak perkenalkan barangan Cosway. terfikir nak buka meja kat mana2 tempat pameran. Perkenalkan produk-produk Cosway dan membina rangkaian ahli untuk eCosway.

Pagi-pagi dtg opis terus bincang dengan rakan kongsiku (Kak Asmi). Apa lagi, terus melangkah pantas menuju ke tempat Upline kita org, iaitu Kak Normah Owner Stokis Kota Warisan. hmm...Macam mana nk susun ayat nie. Logik ker idea ku ini. Jadi secara slow motion, sambil2 membelek barang di stokis, saya pun bersuara. Saya ada hajat kak Normah. Mana tau kak Normah boleh bantu saya..mula la saya membentang cadangan & harapan saya yang terpahat di dalam minda ini.

Tiba-tiba tanpa si sangka, kak normah ajak saya & rakanku unt melihat booth yang dia tgh buka di Hotel Pan Pacific, KLIA. Apa lagi, dengan RUSH kak Asmi , kita org pun drive menuju ke Hotel Pan Pac, KLIA. Tak sabar nak tengok realitu booth Cosway yang bakal ku buka nanti.

Huh, sungguh mendapat sambutan. Produk cosway nie dah ramai org tau. Jadi mudah untuk di jual. Secara tak langsung banyak saya belajar dari Kak Normah. Cara dia bercakap, antonasi suara, apa peralatan yang di perlukan, berapa orang pembantu perlu ada, Apa jenis barang yang perlu di jual, Pakaian yang sesuai unt menjadi penjua, dan belajar bagaimana nak tarik minat pelanggan. Satu pelajaran yang tak der nilai bagi saya.

Saya yang asalnya hanya nak tengaok2 tiba2 teruja nak menjual jugak. Syukur saya dapat jual 4 Set produk RSeries, Bedak Miyami 3 set. Ok apa...ahahaha...Paling best bila dapat berkongsi pengalaman & masalah seorang pembeli (Kak Zaini). Prospek tu...akan ku cari akak nie nnt.

Akhir skali bila semuanya selesai, terasa penat sangat kaki & suara dah serak. Tapi best!! dah pandai tackle org, boleh jual produk & dah ada confident.

Tima kasih kepada Kak Normah, Stokis Kota Warisan & Rakan ku Kak Asmi yang memanduku ke situ. Rezeki namanya tu, ilmu dan pengalaman yang saya dapat tanpa di duga.

0 comments:

Post a Comment